Thursday, August 2, 2012

Sumbangan Tamadun Mesopotamia



 1) Kod Undang-undang Hammurabi
  • Digubal semasa Raja Hammurabi memerintah Babylon.
  • Beteraskan hak rakyat terhadap keadilan.
  • Dendaan dan hukuman mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat.
  • Mengandungi 282 undang-undang.
  • Dipahat pada tembok dan tiang besar oleh itu dapat dibaca oleh rakyat.
  • Menjadi Dasar Perundangan Mesopotamia.
  • Mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan di kalangan susun lapis masyarakat itu sendiri.
  • Mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi dalam kehidupan masyarakat.
  • Membantu peradaban Mesopotamia bertahan jangka masa yang panjang.
  • Contoh:
    • Sekiranya seseorang bangsawan mematahkan tulang seseorang bangsawan lain, tulangnya akan dipatahkan.
    • Sekiranya seseorang bangsawan 
    • mencederakan mata seseorang rakyat biasa atau mematahkan tulangnya, maka, bangsawan ini akan didenda satu wang perak.
Kod Undang-undang Hammurabi
2) Sistem Tulisan
  • Sistem tulisan membawa kepada sistem pendidikan bertujuan melahirkan jurutulis.
  • Jurutulis membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat supaya dapat direkodkan.
  • Dalam perdagangan, semua urusan jual beli disertakan resit, nota dan surat kredit
3) Epik Gilgamesh
  • Sistem tulisan juga menghasilkan tradisi kesusasteraan.
  • Epik Gilgamesh merupakan hasil kesusteraan yang terkenal dan tertua di dunia.
  • Mengandungi falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia.
  • Mengisahkan kepahlawanan tokoh bernama Gilgamesh. 
    • Beliau dikatakan memiliki sifat dua pertiga Tuhan, satu pertiga manusia.
    • Beliau mempunyai wajah yang tampan, susuk badan yang sasar. 
    • Beliau memiliki kekuatan dan keberanian. 
    • Memerintah dan memberikan perlindungan kepada kehidupan di kota Uruk.
  • Epik Gilgamesh juga mengisahkan pemerintahan, percintaan, kehidupan yang kekal abadi dan kesaktian.
Epik Gilgamesh
Ukiran Gilgamesh di Muzium Louvre, Perancis


4) Ilmu Astronomi
  • Pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang dan matahari membawa kepada perkembangan ilmu matematik seperti sistem mengira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab, membahagi dan punca ganda dua.
  • Kemudiannya membawa kepada perkembangan ilmu geometri.
  • Penguasaan bidang astronomi membolehkan mereka menggunakan jalan laut, mencipta kalendar berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan dalam satu tahun.
5) Ilmu Perubatan
  • Perkembangan ilmu perubatan mendapat perhatian.
  • Khususnya semasa pemerintahan kerajaan Assyria kerana kerajaan itu begitu mementingkan kesihatan anggota tenteranya.
  • 500 jenis ubatan-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan dikatalogkan dan disampelkan kegunaan.
  • Cara mengubat penyakit dengan menggunakan ubat-ubatan dicatatkan sebagai panduan kepada pengamal perubatan.
6) Kepentingan Roda
  • Tamadun Mesopotamia berjaya mencipta roda.
  • Roda menghasilkan kereta kuda.
    • Tujuan peperangan
    • Kegunaan pada masa aman
  • Penciptaan roda membolehkan mereka mencipta kincir air.


Roda yang dicipta oleh orang Mesopotamia

Roda yang dicipta oleh orang Mesopotamia 



7) Kapal Layar
  • Menyumbangkan ciptaan alat pengangkutan yang terawal kepada dunia.
  • Orang Sumeria menggunakan kapal layar dan pengangkutan beroda sejak 3000S.M.
  • Oleh itu, mereka mampu menguasai jalan darat dan jalan laut sehingga dapat berhubung dengan wilayah di India dan wilayah di kawasan Laut Mediterranean.

8) Penciptaan batu-bata
  • Memperkenalkan cara membuat batu-bata daripada tanah liat.
  • Dalam seni bina, mencipta arca dan tiang besar. Contoh arca, Patung Raja Gudea.
  • Arca dan tiang besar dapat dilihat dalam seni bina Zigurat.
Batu-bata dari Tamadun Mesopotamia dengan ukiran

9) Pembinaan Empayar
  • Kepimpinan berwibawa oleh Raja Sargon berjaya mewujudkan kerajaan Akkad, iaitu empayar pertama di DUNIA.
  • Sebab: Raja Sargon berjaya menakluk dan menyatukan wilayah-wilayah kerajaan Sumeria di selatan Mesopotamia.
  • Perintis kepada pembentukan sebuah empayar.
  • Menjadi ikutan kepada pemerintah seperti Firaun Tutmose III pada zaman Mesir Purba.


10) Pembinaan Perpustakaan
  • Perpustakaan diraja dibina di Bandar Nineveh oleh Ashurbanipal (668-672 S.M.).
  • Mengandungi lebih kurang 22000 keping tablet yang mengandungi pelbagai penemuan ilmu pengetahuan dan sejarah lampau Mesopotamia.
  • Kebanyakan daripada koleksi ilmu pengetahuan ini berbentuk formula perubatan dan juga beribu-ribu pucuk surat dan dokumen perniagaan, serta susunan peristiwa peperangan yang berlaku mengikut urutan peristiwa sejarah.


Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia

PETEMPATAN KEKAL

  • Setiap negeri kota di Mesopotamia mempunyai ciri fizikal yang tersendiri.
  • Negara kota ini terbahagi kepada kawasan utama yang meliputi pusat kota, tembok kota, luar kota, dan pelabuhan.
  • Setiap negara kota mempunyai kubu pertahanan dengan pelbagai bentuk pintu gerbang yang menjadi lambang kekayaan sesebuah negara kota.
  • Di dalam sebuah kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai, dan pasar yang kebanyakan jalannya adalah lurus dan lebar.
  • Pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat yang menjadi tumpuan anggota masyarakat.
  • Setiap negara kota mempunyai unit politik dan agama yang tersendiri.
  • Pengangkutan dengan kapal, pedati, dan keldai menjadi mudah kerana adanya sungai dan tanah pamah.
  • Bandar dan negara kota mudah dihubungi melalui jalan laut.
  • Antara jalan penghubung utama ialah jalan yang menghubungkan Sumeria dengan kota Mai ang digunakan oleh pedagang dari luar Mesopotamia.
Negara Kota Mesopotamia

ORGANISASI SOSIAL


  • Organisasi sosial tamadun Mesopotamia terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan pemerintah dan golongan rakyat.
  • Golongan pemerintah terdiri daripada raja, ketua pendeta, ketua tentera, dan bangsawan.
  • Golongan rakyat terbahagi kepada dua, iaitu rakyat bebas dan hamba.
    • Rakyat bebas ialah petani, artisan dan pedagang.
    • Golongan hamba termasuklah tawanan perang.

SISTEM PEMERINTAHAN

  • Sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia berbentuk teokrasi
  • Raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan dan juga sebagai pemilik negara kota.
  • Walaupun raja dianggap sebagai tuhan tetapi masyarakay Mesopotamia tidak menyembahnya kecuali semasa pemerintahan Raja Naramsin (2291-2255 S.M.) di Akkad
  • Ukiran Raja Naramsin
    • Beliau telah memaksa penduduk Akkad menyembahnya sebagai tuhan kerana menganggap dirinya terlalu agung kerana berjaya menguasai wilayah yang luas.
    • Beliau menggelarkan dirinya sebagai Raja Empat Penjuru Alam.
  • Raja juga bertindak sebagai ketua pentadbir, ketua tentera, dan ketua pendeta yang berkuasa dalam hal keagamaan.
  • Raja merupakan ketua agama dan berkuasa melantik ahli keluarga diraja memegang jawatan di zigurat.
    Zigurat
    • Raja menentukan pentadbiran zigurat.
    • Zigurat berperanan sebagai pusat ibadat, pusat perdagangan serta pusat penyimpanan khazanah negara,
  • Raja berkuasa dalam soal tanah, cukai, hasil pertanian, dan perniagaan.
  • Raja dibantu oleh pegawai yang terdiri daripada golongan bangsawan yang mempunyai ikatan dengan keluarga diraja.

PENGKHUSUSAN KERJA
  • Pengkhususan pekerjaan wujud kerana adanya lebihan hasil pertanian
    • Lebihan hasil pertanian telah menyebabkan adanya anggota masyarakat meninggalkan pekerjaan sebagai petani.
    • Mereka menjadi peniaga, pedagang dan artisan.
  • Aktiviti perdagangan berkembang luas sehingga ke Lembah Indus.
    • Aktiviti perdagangan penting kerana Mesopotamia tidak menghasilkan banyak bahan mentah.
    • Mesopotamia memerlukan logam, kayu-kayan, emas, dan perak yang dibawa masuk dari luar dan ditukarkan dengan hasil pertanian.
  • Antara pekerjaan lain yang dilakukan oleh masyarakat tamadun Mesopotamia ialah sebagai pengusaha tekstil, barang tembikar dan alat keperluan harian, tukang rumah dan tentera.

SISTEM TULISAN
Tulisan cuneiform
  • Perkembangan ilmu pengetahuan telah membawa kepada kewujudan sistem tulisan.
  • Sistem tulisan Mesopotamia bermula dalam bentuk tulisan bergambar. Kemudian berkembang kepada tulisan berbentuk simbol dan ditulis pada tanah liat
  • Tulisan pada tanah liat berbentuk pepaku dan dikenali sebagai cuneiform.

Pengenalan kepada Tamadun Mesopotamia


LOKASI

  • Tamadun Mesopotamia merupakan tamadun terawal di dunia.
  • Perkataan Mesopotamia berasal daripada bahasa Yunani yang bermakna tanah di antara dua sungai.
  • Tamadun Mesopotamia terletak di antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates.



Lokasi Tamadun Mesopotamia

KERANGKA MASA
  • Tamadun ini berkembang daripada petempatan awal Zaman Neolitik antara tahun 7000-5000 S.M.
  • Pada sekitar tahun 3500 S.M., wilayah Mesopotamia ini telah berkembang menjadi pusat tamadun awal.
  • Terdapat banyak kerajaan yang muncul, berkembang dan akhirnya jatuh di lembah Mesopotamia.
  • Kerajaan terawal ialah kerajaan Sumeria dan kerajaan yang terakhir ialah kerajaan Chaldea.


Tamadun Mesopotamia dapat dibahagikan kepada TUJUH zaman pemerintahaan yang penting:
 Kerajaan Sumeria 3500 - 2340 S.M.
 Kerajaan Akkad 2371 – 2006 S.M.
 Kerajaan Ur 2113 – 2006 S.M.
 Kerajaan Babylon Awal atau Lama 2000 – 1530 S.M.
 Kerajaan Kassites 1530 – 1100 S.M.
 Kerajaan Assyriaa 1100 –  626  S.M.
 Kerajaan Chaldea  626 –  539   S.M.


  • Selepas kejatuhan Chaldea, Parsi menguasai wilayah Mesopotamia hingga membawa kepada         keruntuhan kerajaan yang diasaskan oleh orang Mesopotamia. Antara kerajaan tersebut Sumeria, Akkad, Ur, Babylon lama, dan Assyria meruakan penyumbang penting kepada tamadun Mesopotamia.




PROSES PEMBENTUKAN

  • Dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian utara dan selatan Bandar Baghdad.
  • Bahagian utara Bandar Baghdad meliputi kawasan pertengahan sungai Tigris hingga ke utara termasuk kawasan Sungai Zab yang dikenali sebagai Assyria.
  • Bahagian selatan Bandar Baghdad pula meliputi kawasan Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang hampir bercantum dikenali sebagai Babylon.
  • Perkembangan Tamadun Sumeria bermula di wilayah Sellatan iaitu Sumer.
  • Orang Sumeria yang berhijrah ke wilayah ini membina petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian melalui proses tebus guna tanah dengan membina system pengairan yang membolehkan pengaliran air sungai dapat dikawal.
  • Petempatan awal ini berbentuk kampong berkembang menjadi Bandar dan Negara kotaa seperti Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari.
  • Kesemua Negara kota ini terletak di sepanjang sungai dan terusan.