1) Kod Undang-undang Hammurabi
- Digubal semasa Raja Hammurabi memerintah Babylon.
- Beteraskan hak rakyat terhadap keadilan.
- Dendaan dan hukuman mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat.
- Mengandungi 282 undang-undang.
- Dipahat pada tembok dan tiang besar oleh itu dapat dibaca oleh rakyat.
- Menjadi Dasar Perundangan Mesopotamia.
- Mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan di kalangan susun lapis masyarakat itu sendiri.
- Mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi dalam kehidupan masyarakat.
- Membantu peradaban Mesopotamia bertahan jangka masa yang panjang.
- Contoh:
- Sekiranya seseorang bangsawan mematahkan tulang seseorang bangsawan lain, tulangnya akan dipatahkan.
- Sekiranya seseorang bangsawan
- mencederakan mata seseorang rakyat biasa atau mematahkan tulangnya, maka, bangsawan ini akan didenda satu wang perak.
Kod Undang-undang Hammurabi |
2) Sistem Tulisan
- Sistem tulisan membawa kepada sistem pendidikan bertujuan melahirkan jurutulis.
- Jurutulis membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat supaya dapat direkodkan.
- Dalam perdagangan, semua urusan jual beli disertakan resit, nota dan surat kredit
3) Epik Gilgamesh
- Sistem tulisan juga menghasilkan tradisi kesusasteraan.
- Epik Gilgamesh merupakan hasil kesusteraan yang terkenal dan tertua di dunia.
- Mengandungi falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia.
- Mengisahkan kepahlawanan tokoh bernama Gilgamesh.
- Beliau dikatakan memiliki sifat dua pertiga Tuhan, satu pertiga manusia.
- Beliau mempunyai wajah yang tampan, susuk badan yang sasar.
- Beliau memiliki kekuatan dan keberanian.
- Memerintah dan memberikan perlindungan kepada kehidupan di kota Uruk.
- Epik Gilgamesh juga mengisahkan pemerintahan, percintaan, kehidupan yang kekal abadi dan kesaktian.
Epik Gilgamesh |
Ukiran Gilgamesh di Muzium Louvre, Perancis |
4) Ilmu Astronomi
- Pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang dan matahari membawa kepada perkembangan ilmu matematik seperti sistem mengira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab, membahagi dan punca ganda dua.
- Kemudiannya membawa kepada perkembangan ilmu geometri.
- Penguasaan bidang astronomi membolehkan mereka menggunakan jalan laut, mencipta kalendar berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan dalam satu tahun.
5) Ilmu Perubatan
- Perkembangan ilmu perubatan mendapat perhatian.
- Khususnya semasa pemerintahan kerajaan Assyria kerana kerajaan itu begitu mementingkan kesihatan anggota tenteranya.
- 500 jenis ubatan-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan dikatalogkan dan disampelkan kegunaan.
- Cara mengubat penyakit dengan menggunakan ubat-ubatan dicatatkan sebagai panduan kepada pengamal perubatan.
Roda yang dicipta oleh orang Mesopotamia |
7) Kapal Layar
- Menyumbangkan ciptaan alat pengangkutan yang terawal kepada dunia.
- Orang Sumeria menggunakan kapal layar dan pengangkutan beroda sejak 3000S.M.
- Oleh itu, mereka mampu menguasai jalan darat dan jalan laut sehingga dapat berhubung dengan wilayah di India dan wilayah di kawasan Laut Mediterranean.
8) Penciptaan batu-bata
- Memperkenalkan cara membuat batu-bata daripada tanah liat.
- Dalam seni bina, mencipta arca dan tiang besar. Contoh arca, Patung Raja Gudea.
- Arca dan tiang besar dapat dilihat dalam seni bina Zigurat.
Batu-bata dari Tamadun Mesopotamia dengan ukiran |
9) Pembinaan Empayar
- Kepimpinan berwibawa oleh Raja Sargon berjaya mewujudkan kerajaan Akkad, iaitu empayar pertama di DUNIA.
- Sebab: Raja Sargon berjaya menakluk dan menyatukan wilayah-wilayah kerajaan Sumeria di selatan Mesopotamia.
- Perintis kepada pembentukan sebuah empayar.
- Menjadi ikutan kepada pemerintah seperti Firaun Tutmose III pada zaman Mesir Purba.
10) Pembinaan Perpustakaan
- Perpustakaan diraja dibina di Bandar Nineveh oleh Ashurbanipal (668-672 S.M.).
- Mengandungi lebih kurang 22000 keping tablet yang mengandungi pelbagai penemuan ilmu pengetahuan dan sejarah lampau Mesopotamia.
- Kebanyakan daripada koleksi ilmu pengetahuan ini berbentuk formula perubatan dan juga beribu-ribu pucuk surat dan dokumen perniagaan, serta susunan peristiwa peperangan yang berlaku mengikut urutan peristiwa sejarah.
0 comments:
Post a Comment