Thursday, August 2, 2012

Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia

PETEMPATAN KEKAL

  • Setiap negeri kota di Mesopotamia mempunyai ciri fizikal yang tersendiri.
  • Negara kota ini terbahagi kepada kawasan utama yang meliputi pusat kota, tembok kota, luar kota, dan pelabuhan.
  • Setiap negara kota mempunyai kubu pertahanan dengan pelbagai bentuk pintu gerbang yang menjadi lambang kekayaan sesebuah negara kota.
  • Di dalam sebuah kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai, dan pasar yang kebanyakan jalannya adalah lurus dan lebar.
  • Pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat yang menjadi tumpuan anggota masyarakat.
  • Setiap negara kota mempunyai unit politik dan agama yang tersendiri.
  • Pengangkutan dengan kapal, pedati, dan keldai menjadi mudah kerana adanya sungai dan tanah pamah.
  • Bandar dan negara kota mudah dihubungi melalui jalan laut.
  • Antara jalan penghubung utama ialah jalan yang menghubungkan Sumeria dengan kota Mai ang digunakan oleh pedagang dari luar Mesopotamia.
Negara Kota Mesopotamia

ORGANISASI SOSIAL


  • Organisasi sosial tamadun Mesopotamia terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan pemerintah dan golongan rakyat.
  • Golongan pemerintah terdiri daripada raja, ketua pendeta, ketua tentera, dan bangsawan.
  • Golongan rakyat terbahagi kepada dua, iaitu rakyat bebas dan hamba.
    • Rakyat bebas ialah petani, artisan dan pedagang.
    • Golongan hamba termasuklah tawanan perang.

SISTEM PEMERINTAHAN

  • Sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia berbentuk teokrasi
  • Raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan dan juga sebagai pemilik negara kota.
  • Walaupun raja dianggap sebagai tuhan tetapi masyarakay Mesopotamia tidak menyembahnya kecuali semasa pemerintahan Raja Naramsin (2291-2255 S.M.) di Akkad
  • Ukiran Raja Naramsin
    • Beliau telah memaksa penduduk Akkad menyembahnya sebagai tuhan kerana menganggap dirinya terlalu agung kerana berjaya menguasai wilayah yang luas.
    • Beliau menggelarkan dirinya sebagai Raja Empat Penjuru Alam.
  • Raja juga bertindak sebagai ketua pentadbir, ketua tentera, dan ketua pendeta yang berkuasa dalam hal keagamaan.
  • Raja merupakan ketua agama dan berkuasa melantik ahli keluarga diraja memegang jawatan di zigurat.
    Zigurat
    • Raja menentukan pentadbiran zigurat.
    • Zigurat berperanan sebagai pusat ibadat, pusat perdagangan serta pusat penyimpanan khazanah negara,
  • Raja berkuasa dalam soal tanah, cukai, hasil pertanian, dan perniagaan.
  • Raja dibantu oleh pegawai yang terdiri daripada golongan bangsawan yang mempunyai ikatan dengan keluarga diraja.

PENGKHUSUSAN KERJA
  • Pengkhususan pekerjaan wujud kerana adanya lebihan hasil pertanian
    • Lebihan hasil pertanian telah menyebabkan adanya anggota masyarakat meninggalkan pekerjaan sebagai petani.
    • Mereka menjadi peniaga, pedagang dan artisan.
  • Aktiviti perdagangan berkembang luas sehingga ke Lembah Indus.
    • Aktiviti perdagangan penting kerana Mesopotamia tidak menghasilkan banyak bahan mentah.
    • Mesopotamia memerlukan logam, kayu-kayan, emas, dan perak yang dibawa masuk dari luar dan ditukarkan dengan hasil pertanian.
  • Antara pekerjaan lain yang dilakukan oleh masyarakat tamadun Mesopotamia ialah sebagai pengusaha tekstil, barang tembikar dan alat keperluan harian, tukang rumah dan tentera.

SISTEM TULISAN
Tulisan cuneiform
  • Perkembangan ilmu pengetahuan telah membawa kepada kewujudan sistem tulisan.
  • Sistem tulisan Mesopotamia bermula dalam bentuk tulisan bergambar. Kemudian berkembang kepada tulisan berbentuk simbol dan ditulis pada tanah liat
  • Tulisan pada tanah liat berbentuk pepaku dan dikenali sebagai cuneiform.

0 comments:

Post a Comment