Thursday, August 2, 2012

Sumbangan Tamadun Mesopotamia



 1) Kod Undang-undang Hammurabi
  • Digubal semasa Raja Hammurabi memerintah Babylon.
  • Beteraskan hak rakyat terhadap keadilan.
  • Dendaan dan hukuman mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat.
  • Mengandungi 282 undang-undang.
  • Dipahat pada tembok dan tiang besar oleh itu dapat dibaca oleh rakyat.
  • Menjadi Dasar Perundangan Mesopotamia.
  • Mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan di kalangan susun lapis masyarakat itu sendiri.
  • Mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi dalam kehidupan masyarakat.
  • Membantu peradaban Mesopotamia bertahan jangka masa yang panjang.
  • Contoh:
    • Sekiranya seseorang bangsawan mematahkan tulang seseorang bangsawan lain, tulangnya akan dipatahkan.
    • Sekiranya seseorang bangsawan 
    • mencederakan mata seseorang rakyat biasa atau mematahkan tulangnya, maka, bangsawan ini akan didenda satu wang perak.
Kod Undang-undang Hammurabi
2) Sistem Tulisan
  • Sistem tulisan membawa kepada sistem pendidikan bertujuan melahirkan jurutulis.
  • Jurutulis membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat supaya dapat direkodkan.
  • Dalam perdagangan, semua urusan jual beli disertakan resit, nota dan surat kredit
3) Epik Gilgamesh
  • Sistem tulisan juga menghasilkan tradisi kesusasteraan.
  • Epik Gilgamesh merupakan hasil kesusteraan yang terkenal dan tertua di dunia.
  • Mengandungi falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia.
  • Mengisahkan kepahlawanan tokoh bernama Gilgamesh. 
    • Beliau dikatakan memiliki sifat dua pertiga Tuhan, satu pertiga manusia.
    • Beliau mempunyai wajah yang tampan, susuk badan yang sasar. 
    • Beliau memiliki kekuatan dan keberanian. 
    • Memerintah dan memberikan perlindungan kepada kehidupan di kota Uruk.
  • Epik Gilgamesh juga mengisahkan pemerintahan, percintaan, kehidupan yang kekal abadi dan kesaktian.
Epik Gilgamesh
Ukiran Gilgamesh di Muzium Louvre, Perancis


4) Ilmu Astronomi
  • Pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang dan matahari membawa kepada perkembangan ilmu matematik seperti sistem mengira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab, membahagi dan punca ganda dua.
  • Kemudiannya membawa kepada perkembangan ilmu geometri.
  • Penguasaan bidang astronomi membolehkan mereka menggunakan jalan laut, mencipta kalendar berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan dalam satu tahun.
5) Ilmu Perubatan
  • Perkembangan ilmu perubatan mendapat perhatian.
  • Khususnya semasa pemerintahan kerajaan Assyria kerana kerajaan itu begitu mementingkan kesihatan anggota tenteranya.
  • 500 jenis ubatan-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan dikatalogkan dan disampelkan kegunaan.
  • Cara mengubat penyakit dengan menggunakan ubat-ubatan dicatatkan sebagai panduan kepada pengamal perubatan.
6) Kepentingan Roda
  • Tamadun Mesopotamia berjaya mencipta roda.
  • Roda menghasilkan kereta kuda.
    • Tujuan peperangan
    • Kegunaan pada masa aman
  • Penciptaan roda membolehkan mereka mencipta kincir air.


Roda yang dicipta oleh orang Mesopotamia

Roda yang dicipta oleh orang Mesopotamia 



7) Kapal Layar
  • Menyumbangkan ciptaan alat pengangkutan yang terawal kepada dunia.
  • Orang Sumeria menggunakan kapal layar dan pengangkutan beroda sejak 3000S.M.
  • Oleh itu, mereka mampu menguasai jalan darat dan jalan laut sehingga dapat berhubung dengan wilayah di India dan wilayah di kawasan Laut Mediterranean.

8) Penciptaan batu-bata
  • Memperkenalkan cara membuat batu-bata daripada tanah liat.
  • Dalam seni bina, mencipta arca dan tiang besar. Contoh arca, Patung Raja Gudea.
  • Arca dan tiang besar dapat dilihat dalam seni bina Zigurat.
Batu-bata dari Tamadun Mesopotamia dengan ukiran

9) Pembinaan Empayar
  • Kepimpinan berwibawa oleh Raja Sargon berjaya mewujudkan kerajaan Akkad, iaitu empayar pertama di DUNIA.
  • Sebab: Raja Sargon berjaya menakluk dan menyatukan wilayah-wilayah kerajaan Sumeria di selatan Mesopotamia.
  • Perintis kepada pembentukan sebuah empayar.
  • Menjadi ikutan kepada pemerintah seperti Firaun Tutmose III pada zaman Mesir Purba.


10) Pembinaan Perpustakaan
  • Perpustakaan diraja dibina di Bandar Nineveh oleh Ashurbanipal (668-672 S.M.).
  • Mengandungi lebih kurang 22000 keping tablet yang mengandungi pelbagai penemuan ilmu pengetahuan dan sejarah lampau Mesopotamia.
  • Kebanyakan daripada koleksi ilmu pengetahuan ini berbentuk formula perubatan dan juga beribu-ribu pucuk surat dan dokumen perniagaan, serta susunan peristiwa peperangan yang berlaku mengikut urutan peristiwa sejarah.


0 comments:

Post a Comment